hari nie terpaksa la aku gi skola,
sebab nak uruskan markah cgpa tuh.
markah cgpa tuh rendah sangat.
rase macam tak percaya je.
hari tuh aku suruh as text teacher jamilah, tanya pasal pengiraan markah cgpa..
pas tuh teacher kata aku punya markah memang silap kira.
teacher suruh rujuk, pn.yusaniza.
tapi nak rujuk cam ne en ??
num ckgu tuh mana ade.
terpakse la aku ajak as gi skola, teman en aku.
tak kan la aku na gi sorang2 en.
boleh je gerak sorang2, tapi segan la. haha.
(saje gedix .. ) :) : D
aku gi skola pakai baju kurung r.
selamat sikit kalau terserempak ngan ustazah nanti kann?
haha. ( jahat betul aku nie! )
+ ayu cket! mwahaha. :D
yang as lak, konfiden je pakai blous ngan inner + sua jeans dia yg agk '' ___ '' tuh.
aku pun diam je laa en?
lantak kau la nak pakai ape pun, janji kau teman aku. :) hee~
sampai2 je, dia da tunggu kat tempat visi misi tuh, time tuh dia ngah bayar yuran skola adek dia ngan pn.elsa.
lepas settle bayar yuran, terus gerak bilik kaunseling..
nak jumpa ckgu siti hajar sebenar nya,
tapi cikgu takde. aku pun tatao dia gi mane en?
yg ade pn.hindun ngan pn. oi je.
tak kesah la , janji aku nya hal settle.
huhu.
masuk bilik kaunseling, salam pn.hindun n adalah sesi beramah mesra antara guru & pelajar nya. hak3. :p
cikgu cakap dia hampir tak kenal kitorang. :(
apelah, baru bape hari tak gi skola.
dah tak kenal.
pas tuh dia tanya kitorang, ape hajat kitorang datang ke sekolah tuh,
as pun mengadu lah pasal cgpa ngan borang upu yg tak leh di kemas kini sekarang nie.
pas tuh, pot pet pot pet pot pet la kann?
[ cam biasa laa.. :) ]
dah habis pot pet pot pet, cikgu suruh jumpe pn.yusaniza kat bilik guru.
kitorang pun bla la kat bilik guru,
intai punyer intai, banyak cikgu yusaniza tak nampak pun.
naik lenguh kaki berdiri depan bilik guru tuh.
last2, aku cakap ngan as maybe cikgu dalam kelas kut.
tengah mengajar, so kitorang amek keputusan utk lepak kat kantin je la.
aku excited gila nak lepak kat kantin,
mane tak excited, hari pertama persekolahan, balik2 je adek aku sibok cerita pasal kantin yg da bertukar kpd kafeteria.
aku cam tak caye je pe yg dia cakap tuh.
almaklumlah, adek aku nie kuat klentong aku.
suka sangat prang orang!
so, tade la aku nak percaye sangat cakap die tuh.
masuk je kantin,
perghh! rase lain macam la pulakk kan?
memang dah lain gila kut.
kedudukan meja da berubah, keluasan kantin tuh pun makin besar.
memang lain la.
teruja nak lepak kat kantin! haha.
huisyh, banyak kenangan kut kat kantin tuh.
hak3. mane tak teruja nya.
kann ??
masuk2 je, rase lain macam.
macam orang tak pernah jumpe kantin pun ade aku tgk!
haha. yela, kakak da tak skola da kann?
[ poyo je! ]
duduk borak2 jap, tetibe nampak papan tande 'kafeteria'.
gulpp! alamak! betol la c faiz tuh tak menipu.
hehe. sorry dek! :p
time tengah sibok berceloteh, tetibe nampak teacher lak lalu..
pe lagi, dengan bangga nya kitorang jerit 'teacher!'
haha. teacher pun berhenti, kitorang pun terus terjah la.
tersengih2 teacher dari jaoh..
tgk anak2 dara dia datang.
teacher cakap aku cun. *habis blushing ha*
haha. perasan tak sudah la, pe lagi!
teacher tanya, kitorang buat ape skunk,
keje ke dok uma.
as pun jawab : 'saya keje la teacher, kje ngan kakak saya.'
teacher pun jawab sambil tersenyum kat as, : ' ouhh.., kamu izzati ??'
aku ngan malu2 kambeng menjawab : 'err,, saya ?? hehe. kan semalam ayen dah bagitao teacher saya buat pe? saya suri rumahtangga la teacher. tak keje pun. mungkin lepas nie la kut baru carik keje.'
teacher pun cakap : 'kamu pergi lah amek lesen memandu. anak sedara saya sebaya ngan kamu jugakk la, die amek lesen memandu. tp dengar cite mahal eik sekarang ? berapa eik harga ?'
aku pun jawab : 'entah la teacher, mane la saya tahu. haha. :)'
teacher pun cakap : 'saya dengar cerita, dalam seribu lebih gak la. lesen mot + kete. ape kata kamu keje, lepas tuh amek lesen guna duet sendiri. lagi baik kann? '
aku pun jawab : 'hmm, tu la.. tengok dulu la teacher. '
blablabla la kan ... malas aku nak type panjang2. :p
pastuh aku mintak maap kat teacher pasal semalam.
kitorang (deen,ayen & aku) prang cikgu2 yg mengajar kitorang.
call diorang yg konon2 nye kitorang dr pejabat ppd, mengatakan bahawa cikgu2 kesayangan kitorang nie kena tukar skola. haha.. (idea deen eyh!)
aku tak bersalah. haha. aisey, tak leh prang la.
sebab cikgu2 semua kenal suara deen, gi pun teacher save num. deen.
haha. cuma mula2 tuh teacher layan gk, da lame deen merepek2.
teacher pun cakap : 'sudah lah kamu afifudeen, saya kenal la suara kamu!'
deen da tergelak2 cam orang gila kat kedai makan tuh.
bukan teacher jamilah je yg kena, pn wong, ustzh noraisah pun kena gak!
bertuah punyer ank murid! :) aku ngan ayen pun subahat skli. haha
-------------------------------------------------------------------
tutup cite sal semalam.
settle kes cgpa, dapat cgpa yg baru.
lega la cket.
pas tuh gerak kafeteria ,
budak2 pndg lain macam je.
pelik kut? da abez skola pun nak tayang muka kat skola lg.
buat semak mata memandang je ??
haha.
eley, pedulik ape aku.
aku punyer suka la.
lepas as jumpe adek die, kitorang bla.
gerak metro lak.
lepaklepak kat sane.
tinggal la sekolah tercinta ku.
dada~~



No comments:
Post a Comment