tak terlambat lg kot rasanya nak wish, "HAPPY NEW YEAR". hiksss. ^^
takde benda pon, just tangan gedik nak menaip kat sini. singgah sebentar katanya.
sepatutnya aku ada kelas pukul 3:15 ney. kelas BEL. masa aku sedap dok buat ayaq liuq, tetiba aku terasa kat sebelah bantal tu vibrate. baru je nak angkat call dah mati. =..= check punya check dah 3 misscall. hahaha. :D pastu phone yg number celcom lak yg vibrate, terus aku angkat.
kak cha bagitahu yg kelas cancel! YEAYYYY! hahaha. sukanya ahkak! -.-
kekononnya nak sambung tidur balik. kalih kanan kalih kiri. dok terkebil kebil. sumbat earphone dekat telinga still tak boleh tidur gak. haih.
pastuh teringat nak cari perfume apple blossom gua yang dah lama tak nampak kelibat.. :( terus gagahkan diri bangun and bukak almari. punggah and kemas balik.
takde la kemas sangat. aku tak reti nak kemas barang and tak suka mengemas. pemalasnya lah kan? sebab dekat rumah mak ngan adik aku selalu buatkan benda tu untuk aku. T_T and kekadang bapak aku yang tolong. hasil kerja bapak and adik aku sangat kemas ok!
nak kata tip top tu tak. cuma kemas n rapi. apatah lg mak aku kan? kalau dulu, mana aku amek kesah dengan semua benda ney..
alahaiiiii zaty. =,,=''
tp sejak aku duduk sini, nak atau tak , suka atau tidak, semua benda 'by your own'. kalau kau tak buat, mampus camtu je la keadaan dia and confirmlah bersepah, serabut sana sini semua tuu. plus, orang akan cop kau pengotor and pemalas. =='' nak-nak lagi kena share bilik ney kan?
sejak aku duduk sini, macam2 jugak lah yg aku blaja. lipat baju sendiri, susun barang kat almari sendiri, pack baju dlm beg sendiri.. blablabla .. sendiri sendiri ah cite dia.
tadaaa~~~
skang guna perfume jenama cikai - cikai dulu. sebab student kan? nanti dah kerja.. haa, tunggu. apa brand yang kau mahu? ;) cakap je.. yang beg purple tuu, make up kit aku. whoaaaa~ tak sangka. zaty dah pandai sekarang kannn? =,,='' handyplast tu wajib ada sebab kaki aku cepat rabak kalau pakai kasut baru. -.- habis jahanamlah cite dia kan? T.T yang bentuk love tuu, tempat aku letak segala mak nenek datuk kerongsang. hewhew. :D
cara aku susun baju mungkin tak sekemas korang tapi aku rasa errr.. untuk orang macam aku dah ok kot. :p sebab aku malas dan tak suka mengemas. -.-
at least, takde la aku bongsai-bongsaikan baju-baju tuu semua.
acewahhh.. nak sedapkan hati sendiri.. GITEWWWW. ==''
see? tudung lagi banyak.. =.='' aku rasa aku patut berhenti dari shopping la. asyek nak menjahanamkan duit je kerjanya pon.. tudung bawal menimbun-nimbun.. belum lagi segala mak datuk shawl, pashmina dekat rumah tuu. macam-macam bentuk haa. *geleng-geleng kepala* habislah sape jadi laki aku nanti. huahuahua. :D
tu je laa~ takde lah hebak sangat. biasa-biasa je.
kemas punya kemas.. tak jumpa pon perfume tuu. mana pergi ntah. bau dia sangat wangi ok. bau apple kan? aku suka gila perfume tuu. dah tahu suka , letak lagi merata-rata. hampeh betul! last-last kuciwak. T____________T uwwaaa.
tapi bila fikir-fikir balik, ok la tu mengemas. ada lah jugak kerja daripada asyek proses taik mata je kann?
bye korang. :)
No comments:
Post a Comment